top of page

MENJADI CALON TERPILIH SEMASA TEMUDUGA

Bila Sijil Tidak Lagi Mencukupi !

Tulisan : Che Jamilah Mohamed

Anda boleh menyertai beratus ribu calon yang masih gagal mendapatkan kerjaya idaman mereka - atau anda boleh singkatkan pencarian dengan mengambil langkah bijak hari ini. Dapatkan panduan lengkap yang akan menjadikan anda calon terpilih dalam temuduga nanti.

​

Buku ini mengandungi lebih 50 kompilasi PANDUAN, TIP dan CONTOH-CONTOH jawapan yang akan memudahkan penyediaan anda menghadapi temuduga. Satu-satunya buku yang ditulis bedasarkan kajian & pengalaman dari berpuluh penemuduga berpengalaman.

Dapatkan Sekarang!

Kini terdapat di kedai-kedai buku berhampiran anda!

  1. PANDUAN & CONTOH jawapan kepada 35 soalan yang biasa

  ditanya dalam temuduga.

  Antaranya:

          Ceritakan tentang diri anda.

          Mengapa anda memilih kerjaya ini?

          Mengapa saya patut memilih anda?

          Apakah kekurangan anda? 

          Dan banyak lagi...

2. Teknik bagaimana menghadapi 7 JENIS temuduga yang popular di dunia korporat masa kini dan bagaimana menanganinya.

Antaranya:

          Bagaimana menangani temuduga melalui telefon.

          Bagaimana menghadiri temuduga di restoran

          ("Lunch Interview")

          Bagaimana menghadapi "Behavioral-Based Selection" atau

          pemilihan bedasarkan sikap dan pelakuan seseorang calon.

​

  3. Panduan lengkap bagaimana membuat PERSEDIAAN

  menghadapi temuduga

  Antaranya:

          5 maklumat tentang syarikat yang perlu dicari sebelum                      menghadapi temuduga.

          Apa dan bagaimana mendapatkan maklumat tentang

          kerjaya yang dipohon.

4. Garis panduan tentang bagaimana membina penampilan

seorang PROFESIONAL. 

  Antaranya:

          Bahasa badan seorang profesional

          Teknik berpakaian yang sesuai mengikut jenis kerjaya dan

          organisasi yang dipohon.

          Etika menghadiri temuduga

5. Jenis dan contoh-contoh soalan yang perlu ditanya

  Antaranya:

          10 contoh soalan yang boleh MENINGKATKAN peluang anda

          menjadi calon terpilih

          10 contoh soalan yang boleh MEMUSNAHKAN peluang anda 

APA YANG ANDA AKAN DAPAT

APA KATA MEREKA

Bagi calon-calon yang ingin BERJAYA semasa menghadapi temuduga kerja... buku ini WAJIB dibaca dan dipraktikkan, inshaAllah anda akan menjadi calon PILIHAN!

Mohamad Salihuddin Ahmad, 

Ketua Pegawai Eksekutif,

AmMetlife Takaful Malaysia

Buku yang sarat dengan tatacara menghadapi temuduga sama ada dengan kerajaan atau agensi korporat yang patut dibaca oleh mereka yang mencari pekerjaan. Ditulis dengan bahasa santai dan mudah difahami serta diikuti.

Dr.Abdullah Yusoff, (Ph.D)

Penerima Anugerah Buku Negara 2014, merangkap Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

Penulis berjaya merungkai rahsia di sebalik temuduga dengan mengemukakan aspek-aspek yang patut diberi perhatian semasa sesi temuduga. Membaca buku ini seolah-olah anda telah selangkah kehadapan berbanding dengan calon lain!

Suria,

Pelajar Lepasan Ijazah,

Universiti ...........

Buku ini mudah difahami. Ia banyak membantu saya membuat persediaan awal untuk menghadiri temuduga dari segi fizikal dan mental. Paling utama ia masih boleh dijadikan panduan di alam pekerjaan!

Izzat,

Pelajar Lepasan Ijazah,

Universiti...............

TENTANG PENULIS

CHE JAMILAH HJ. MOHAMED M.Sc. B.Sc.

(Certified Neuro – Linguistic Programming (NLP) Practitioner)

Che Jamilah mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam bidang pengurusan, pemasaran, latihan dan pembangunan dalam industri termasuk perkhidmatan kewangan, pemasaran, jualan dan pendidikan pengajian tinggi.

 

Beliau mendapat pendidikan awal dari Sekolah Menengah Sains Kelantan sebelum meneruskan pengajiannya ke U.S.A dalam bidang Fizik. Che Jamilah mendapat B.Sc dari University of Tennessee dan M.Sc dari University of Texas, U.S.A. Setelah memulakan kerjaya sebagai pensyarah Fizik selama 2 tahun di U.S.A dan 5 tahun di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Che Jamilah meninggalkan bidang Fizik dan menyertai bidang korporat untuk mendapatkan pengalaman dan pendedahan dalam bidang pengurusan dan dunia korporat.

Pada tahun 2001, Che Jamilah meninggalkan dunia korporat untuk menubuhkan PBT Consultants Sdn Bhd. bagi mengembangkan minatnya dalam bidang latihan dan pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft-Skills).

 

Sehingga kini, Che Jamilah telah berpengalaman memilih, melatih dan membangun beribu warga kerja dari lebih 40 organisasi di seluruh negara. Antara organisasi yang pernah mendapatkan khidmat beliau ialah Standard Chartered Bank, CIMB Group, Maybank Group, RHB Group, AmBank Group, SAPURA Group, MAMPU, KWSP, AIR ASIA BERHAD dan banyak lagi.

 

Hasil dari pengalamannya bekerjasama dengan Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Ketua-Ketua Jabatan dan penemuduga berpengalaman dari agensi kerajaan dan swasta, Che Jamilah menulis buku “Menjadi Calon Terpilih Semasa Temuduga” untuk memberi panduan lengkap bagi calon-calon yang akan menghadapi temuduga dan meningkatkan peluang mereka untuk berjaya dalam temuduga.

 

Puan Jay boleh di hubungi di talian +6012-308 5905, atau melalui email chejamilah@pbtconsultants.com 

© 2020 by PBT Consultants Sdn. Bhd

​

36th Floor, Menara Maxis
Kuala Lumpur City Center (KLCC)
50088 Kuala Lumpur, Malaysia

Peformance base training
HRD Corp - Claimable Logo.png
bottom of page